TERMA DAN SYARAT BR HOM
ENTERPRISE
Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk, servis, dan apa-apa juga yang berkaitan dengan produk dan servis yang ditawarkan, secara percuma ataupun sebaliknya.
Anda adalah dinasihatkan membaca setiap terma yang tertera di bawah.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma, anda adalah dinasihati untuk tidak mempunyai apa-apa juga hubungan dengan BR HOM ENTERPRISE.
SYARIKAT
- BR HOM ENTERPRISE adalah syarikat bumiputera yang menawarkan produk homeopathy.
- BR HOM ENTERPRISE juga memberi peluang kepada pelanggan-pelanggannya untuk mendapatkan pendapatan, samada sebagai pendapatan sampingan ataupun utama dengan menjadi wakil syarikat untuk menjual produk kepada pengguna.
- Pihak BR HOM ENTERPRISE mempunyai hak mutlak untuk mengubah apa-apa juga syarat dan terma
tanpa sebarang notis.
- Anda bersetuju untuk menerima apa juga notis dalam apa juga bentuk dari
BR HOM ENTERPRISE.
- Pihak BR HOM ENTERPRISE memberi jaminan bahwa segala butiran pelanggan adalah sulit dan peribadi.
- Pihak BR HOM ENTERPRISE tidak bersekutu dengan mana-mana pihak instituisi kewangan, organisasi kerajaan, bukan kerajaan, ataupun organisasi politik.
- Anda bersetuju bahwa anda tidak akan membuat pengumuman umum berunsur negatif mengenai
BR HOM ENTERPRISE, produknya, servisnya, ataupun wakilnya di mana-mana juga media dalam apa juga bentuk, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak
BR HOM ENTERPRISE dan berbincang untuk menyelesaikan masalah anda.
- Pembayaran yang anda buat kepada
BR HOM ENTERPRISE hanya perlu dibuat selepas kami memberikan pengesahan pesanan atau permohonan anda.
- Anda mengaku bahawa anda adalah berumur lebih dari 18 tahun. anda bersetuju bahwa segala maklumat yang anda berikan kepada
BR HOM ENTERPRISE adalah benar.
- Anda bersetuju akan melepaskan
BR HOM ENTERPRISE dari apa juga tuntutan ke atas anda lanjutan dari penggunaan, promosi produk dan servis kami.
- Tiada jaminan diberi bahwa jumlah pendapatan boleh diperolehi dalam mana-mana masa tertentu selepas anda didaftarkan sebaga wakil kami.
- BR HOM ENTERPRISE
berhak menarik balik status sebagai WAKIL JUALAN, STOKIS ATAU
AGEN sekiranya anda tidak aktif atau tidak membuat pembelian
dalam tempoh EMPAT (4) bulan berturut-turut.
- Segala bayaran melalui cek hendaklah dibuat di atas nama BR HOM ENTERPRISE.
- Bayaran kos penghantaran adalah tertakluk kepada jumlah pesanan anda. Penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran diterima.
PRODUK
- Harga produk adalah tetap dan
anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah atau menukar harga produk keluaran syarikat.
- Anda juga tidak dibenarkan menjual produk syarikat dengan harga lain tanpa mengikut panduan yang telah diberikan oleh syarikat
- Anda juga tidak dibenarkan menukar label pembungkusan produk sama sekali.
- Barang yang telah
dijual tidak boleh dikembalikan.
- Anda dinasihatkan untuk menggunakan produk yang ditawarkan dengan mengikut cara penggunaan yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
- Kami tidak memberi jaminan bahawa produk kami akan mengubah kecerdasan dan pemikiran serta tahap kesihatan seseorang itu dalam tempoh serta-merta.
LAMAN WEB (www.brhom.com.my)
- Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan, atau meniru `trademark’ BR HOM ENTERPRISE, BR HOM + PLUS
atau mana-mana imej dan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
- Anda adalah digalakkan untuk mempromosikan produk dan servis BR HOM ENTERPRISE, walaubagaimanapun
anda dilarang sama sekali menghantar SPAM email, mempromosikan mana-mana produk ataupun servis BR HOM ENTERPRISE di laman yang mengandungi unsur lucah atau yang berkaitan dengannya.
- Dengan pembelian dan pembayaran yang anda lakukan, anda bersetuju untuk mematuhi segala syarat dan terma yang tertera di muka surat laman web
BR HOM ENTERPRISE.
- Pihak BR HOM ENTERPRISE dan wakilnya tidak memberi jaminan bahwa apa juga yang terkandung di dalam laman web, produk, dan servis adalah bebas dari kesilapan.
- Laman web yang diberikan adalah percuma tanpa jaminan dalam apa juga bentuk langsung ataupun tidak langsung.
Sekiranya kami dapati anda melanggar terma dan syarat yang diberikan, kami berhak mengambil tindakan yang sewajarnya. BR HOM ENTERPRISE berhak membuat perubahan ke atas terma dan syarat syarikat tanpa pengetahuan anda.