BR HOM ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang menjual dan mengedarkan makanan kesihatan yang dihasilkan oleh  sebuah keluarga pengamal homeopathy (antara yang terbaik di Malaysia). Syarikat BR HOM Enterprise telah bersetuju untuk mempromosi, mengedar, dan menjual makanan tambahan berasaskan kaedah homeopathy yang dibuat oleh keluarga ini. Produk yang kini berada di pasaran ialah BR HOM PLUS.

PENGENALAN

Masyarakat kini terdedah dengan pelbagai aktiviti dan proses pembangunan yang sangat memberangsangkan. Oleh kerana tugas serta tanggungjawab yang ada, ia boleh menyebabkan individu tidak menumpukan perhatian kepada kepentingan proses di dalam tubuh badan yang boleh mengelakkan keletihan, kelesuan, kekurangan daya ingatan, kurang penumpuan terhadap sesuatu, lekas marah dan pelbagai sikap negatif yang boleh timbul akibat perubahan terhadap kegiatan harian.

Dapat kita lihat, peratusan masyarakat melayu yang berilmu dan mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, mempunyai jatidiri yang tinggi, tenang dan bersedia menghadapi risiko masih lagi ditahap yang tidak memuaskan. Ia adalah kerana tahap pemikiran serta sikap sesetengah individu masih di takuk lama. Bukan salah sesiapa jika dikatakan sebuah negara membangun seperti Malaysia masih mempunyai sebahagian besar masyarakat yang tidak berfikiran terbuka.

Sebenarnya, ada yang tidak tahu atau tidak percaya ada sumber makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran, kesihatan fizikal dan mental serta kecergasan dalaman. Bagi mereka, itu adalah diri mereka dan tidak perlu perubahan. Ada juga segelintir masyarakat yang sedar akan tahap pemikiran dan sikap yang perlu diperbaiki, namun tidak mempunyai masa atau kemahiran untuk menghabiskan masa mengkaji sumber makanan yang mampu membantu merubah diri mereka kepada yang lebih baik.

Penubuhan Syarikat BR.HOM Enterprise adalah salah satu usaha daripada kami untuk membantu masyarakat terutama masyarakat melayu yang masih rendah peratusannya dalam memberi perhatian terhadap penjagaan dalaman diri akibat sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas.

Syarikat kami akan memberi tumpuan terhadap pengeluaran produk yang boleh membantu meningkatkan daya pemikiran, kesihatan badan, memperbaiki proses dalaman badan seperti peredaran darah, penghantaran oksigen dan lain-lain. Kajian telah dilakukan selama berbelas tahun oleh pakar yang telah mendalami bidang ini sejak lama dulu.

Diharap dengan usaha kami ini, dapat membantu masyarakat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental melalui cara paling mudah dan seterusnya dapat menjadikan masyarakat yang produktif serta efektif.

 

LATAR BELAKANG SYARIKAT

BR HOM ENTERPRISE ditubuhkan pada 5 MEI 2004. Syarikat ini ditubuhkan atas usahasama anak bangsa Melayu. Syarikat ini ditubuhkan untuk memasarkan produk makanan kesihatan yang dapat membantu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat.

Sebelum penubuhan BR HOM ENTERPRISE, produk ini diperkenalkan kepada pengguna melalui pengedar-pengedar. Selepas produk ini mendapat tempat di hati masyarakat setempat, pengedar-pengedar telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat ini supaya produk ini dapat dipasarkan ke seluruh negara tanpa sebarang masalah.

BR HOM ENTERPRISE beribupejabat No 1230-A, Jalan Senai Utama 2, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor. Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah-tengah bahagian penting yang menghubungkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, dan Lebuhraya Utara Selatan yang memudahkan lagi perhubungan ke negeri-negeri lain.

Nama BR HOM ENTERPRISE dipilih sempena nama produk pertama syarikat ini. Ia dipilih kerana ia lebih sinonim dengan produk-produk syarikat yang akan dipasarkan.

 


OBJEKTIF

1.Membantu membentuk minda yang aktif

Minda yang aktif amat diperlukan bukan sahaja bagi golongan yang bekerja, tetapi sebenarnya daripada seluruh masyarakat. Minda yang aktif dalam golongan pelajar dapat menjamin masa depan negara kerana sememangnya golongan muda yang akan membentuk negara untuk masa akan datang. Golongan bekerja sangat memerlukan minda yang aktif untuk menjadikan mereka lebih produktif kepada negara. Bagi golongan bersara, mereka masih diperlukan untuk membantu negara membentuk golongan muda yang boleh memimpin negara untuk masa depan.

2.Meningkatkan kualiti dalam individu

Negara serta dunia memerlukan individu yang berkualiti supaya dapat meneruskan proses pembangunan dengan lancar melalui idea serta sumbangan dari golongan yang mempunyai kualiti dalam diri. Idea serta sumbangan yang berkualiti hanya dapat dihasilkan dari pemikiran yang positif.

3.Meningkatkan peratus kesihatan fizikal dan mental masyarakat

Kesihatan fizikal amat penting bagi setiap individu dalam masyarakat untuk meneruskan kerja dan aktiviti harian yang berkualiti. Begitu juga dengan kesihatan mental. Pemikiran yang negatif boleh membawa kepada gangguan kesihatan mental. Apabila pemikiran seseorang individu sering diganggu oleh kata-kata negatif dalam diri, ia boleh menggagalkan produktiviti individu tersebut.

4.Membantu melahirkan individu yang produktif dan efektif

Produktiviti serta efektiviti seorang individu amatlah penting dalam membangunkan sebuah negara. Masyarakat bukan sahaja perlu menilai penghasilan kuantiti yang tinggi, masyarakat juga perlu melihat dari segi keberkesanan setiap langkah yang diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara maju dalam benua ini.