PENGHANTARAN PERCUMA BAGI PESANAN 10 BOTOL KE ATAS

(HANYA DI DALAM MALAYSIA SAHAJA & UNTUK PENGGUNA BIASA SAHAJA)

KEMBARA BR HOM PLUS

GIANT HYPERMARKET DAMANSARA 1 - 10 APRIL 2009

MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) AYER KEROH MELAKA 3 - 5 APRIL 2009!

24-28 MAC 2009 - PWTC, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, BR HOM ENTERPRISE telah membuat jualan di PWTC sempena Sambutan Jubli Emas KKLW, Pameran 50 Tahun Pembangunan Luar Bandar dari 24 hingga 28 MAC 2009 serentak dengan Perhimpunan Agung UMNO. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Kami amat berterima kasih kepada KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR yang tidak pernah melupakan kami untuk memeriahkan setiap ekspo jualan mereka. Kami harap sokongan ini akan berterusan. Terima kasih!

PERHATIAN :

Kepada sesiapa yang berminat menjadi wakil jualan kami, anda boleh mendaftar melalui borang pendaftaran di laman web ini. Sila baca syarat-syarat pendaftaran terlebih dahulu.

Jika anda ingin mendapatkan bekalan di kawasan anda, anda bolehlah merujuk ke ruangan WAKIL JUALAN kami untuk mendapatkan maklumat wakil kami yang berhampiran dengan anda.

Sekiranya di tempat anda masih belum ada wakil dari kami, anda boleh membuat pesanan melalui borang pesanan yang telah kami sediakan.

Untuk sebarang pertanyaan,  sila hantarkan melalui ruangan hubungi kami atau teruslah hubungi kami melalui  admin@brhom.com.my atau hubungi talian 07-5999131 / 012-7598131.

TERIMA KASIH  kepada semua pengguna BR HOM PLUS. Kami amat bersyukur kerana di atas sokongan dan kesetiaan pengguna lama serta baru, produk kami masih kekal di hati anda. Kami akan berusaha memenuhi permintaan di Malaysia. Kami juga akan cuba mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami untuk kepuasan hati pengguna-pengguna sekelian.

Sekiranya ada diantara pengguna yang ingin berkongsi testimoni atau pengalaman menggunakan produk ini tetapi tidak tahu bagaimana ingin menyampaikannya, anda boleh menghantarkan testimoni anda melalui bahagian hantar testimoni anda di panel kiri laman web ini.

TAHNIAH !!

PMR 2008

Adik Nurul Syafika Bte Zulkifli, yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing telah mendapat keputusan yang amat cemerlang iaitu 9A.

"Anak saya telah menggunakan BR HOM PLUS sejak 2003 selepas promosi dilakukan di sekolah anak saya. Anak saya bukan setakat cemerlang di dalam pelajaran, tetapi juga aktif dalam sukan. Saya akan terus menggunakan BR HOM PLUS untuk anak-anak saya dan diri saya sendiri. Terima kasih BR HOM PLUS!!"

UPSR 2008

Dalam keputusan UPSR 2008 yang telah diumumkan , Alhamdulillah, ramai pengguna setia BR HOM PLUS mendapat keputusan yang memberangsangkan.

ADIK MOHD NOOR HAKIMI B HASSAN, salah seorang pengguna setia BR HOM PLUS dari Kulai, Johor telah mencapai keputusan yang amat baik iaitu 5A. Kami berkesempatan bertemu dengannya dan kedua ibubapanya untuk mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan mereka.

"Anak kami sememangnya telah menggunakan BR HOM PLUS sejak tahun 2005 hingga sekarang. Pelajarannya terus meningkat dan dia sendiri telah banyak berubah ke arah yang lebih baik. Sekolahnya selalu mengadakan ujian bermula dari bulan Februari bagi pelajar tahun 6. Pada Ujian Pertama di bulan Februari 2008, anak saya seorang sahaja mendapat 5A dari seluruh pelajar tahun 6 di sekolahnya. Dari saat itu, keputusannya terus dapat dikekalkan sehingga peperiksaan sebenar UPSR. Kami amat gembira dan kami tidak akan bertukar kepada produk lain dan akan terus setia bersama BR HOM PLUS."

Itulah antara kata-kata ibu Hakimi, Puan Nor Nazli kepada kami. Kami juga bersyukur di atas kejayaan tersebut.

Selain adik Hakimi, seorang lagi pengguna setia BR HOM PLUS, SHAHIRA BINTI SAHRULL dari Labis, Segamat di negeri Johor juga mendapat 5A untuk peperiksaan UPSRnya.

"Kami sekeluarga mula menggunakan BR HOM PLUS dari tahun 2004. Anak kami memang seorang yang rajin dalam mengulangkaji pelajaran. BR HOM PLUS banyak membantunya dari segi fokus dan memahami sesuatu yang sukar. Kami memang berharap dia akan mendapat keputusan yang baik dan kami amat gembira apabila dia mendapat 5A untuk UPSR. Sebelum ini, anak sulung kami yang juga menggunakan BR HOM PLUS mendapat 7A 1B untuk peperiksaan PMRnya pada 2007. Dia kini sedang meneruskan pelajaran di MRSM TAMPIN untuk SPM pada 2009. Kami sekeluarga amat berpuashati dengan BR HOM PLUS. Kami juga tidak berat hati untuk berkongsi cerita tentang kebaikan BR HOM PLUS kepada sesiapa sahaja."

Begitulah luahan kegembiraan dari Puan Noraini, ibu adik Shahira kepada kami sebaik keputusan UPSR diumumkan.