PANDUAN PENGGUNAAN BR HOM PLUS
DOS PEMAKANAN
Perlu diingatkan disini, pengambilan BR HOM PLUS mengikut dos yang betul amat penting untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
| USIA | DOS |
| 1 - 2 TAHUN | 1 BIJI , 1 KALI SEHARI |
| 3 - 4 TAHUN | 2 BIJI , 1 KALI SEHARI |
| 5 - 12 TAHUN | 2 BIJI , 2 KALI SEHARI |
| 13 - 15 TAHUN | 3 BIJI , 2 KALI SEHARI |
| 16 - DEWASA | 5 BIJI , 2 KALI SEHARI |
| IBU MENGANDUNG (BERMULA BULAN KE-4 KEHAMILAN) | 3 BIJI , 3 KALI SEHARI |
PENTING !!
Dikunyah atau dikemam di bawah lidah.
Disyorkan diambil ketika perut kosong untuk kesan yang maksimum.
Jangan di ambil bersama teh, kopi @ minuman berkafein serta air berkarbonat sekurang-kurangnya ½ jam sebelum dan selepas makan BR HOM+PLUS.
Elakkan daripada menggunakan tangan dan sudu besi.
Gunakan sudu plastik atau penutup botol.
CARA PENYIMPANAN
Homeopathy adalah satu perubatan yang halus buatannya. Begitulah juga dengan BR HOM +PLUS. Perkara berikut amat penting untuk mendapatkan kesan maksimum bagi yang mengamalkan BR HOM +PLUS.
Jangan disimpan didalam peti sejuk atau di tempat panas.
Jika di bawa di dalam kereta, pastikan tidak diletak di atas dashboard atau di cermin belakang.
Simpan di dalam suhu bilik.
Jauhkan daripada barangan elektrik dan elektronik. (cth: di atas petisejuk, di sebelah televisyen, radio, komputer dll.)
Elakkan daripada dilangkah.
Elakkan daripada digoncang terlalu kuat.
Elakkan daripada bau-bauan. (cth: rempah kari, minyak wangi, sabun dan sebagainya.)
Petua untuk kesan yang maksimum.
MAKAN MENGIKUT PERATURAN DENGAN BETUL SERTA BERTERUSAN (6-8 BULAN) UNTUK KESAN YANG MAKSIMUM.
Hendaklah dikemam dibawah lidah atau dikunyah. Sebaik-baiknya hendaklah dikemam atau dihisap perlahan-lahan di bawah lidah. Produk Homeopati berlainan dengan produk makanan tambahan yang lain yang mana memerlukan kita makan melalui system pencernaan kemudian baru zat atau khasiat akan diserap oleh perut untuk dihantar ke bahagian tubuh yang lain. Melaui kaedah biasa ini kadar penyerapan khasiat tidak mencapai tahap maksimum kerana mungkin kegagalan usus untuk menyerap khasiat tersebut. Berbanding kaedah Homeopati yang unik ini menjamin penyerapan khasiat yang jauh lebih baik dan cepat kerana kehadiran saraf-saraf yang banyak terdapat dibawah lidah dapat menyerap khasiat secara terus ke bahagian otak dan organ tubuh yang lain.
Perkara yang paling penting dan satu saranan serta peringatan kepada pengguna yang mahu melihat hasil yang baik adalah soal displin pemakanan agar sentiasa ambil mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk tempoh tiga bulan hingga enam bulan. Seboleh–bolehnya jangan sampai terlupa atau gagal mengambil BR HOM. Ini kerana dalam tempoh ini sel–sel baru akan mula tumbuh dan kuat. Sekiranya telah melalui masa ini para pengguna boleh mengurangkan dos sekiranya tidak mampu dari segi kewangan dan masa tetapi pengambilan secara berterusan akan membuahkan hasil yang terbaik, kerana kita sedia maklum setiap saat sel-sel akan mati dan digantikan dengan sel yang baru.
Sebahagian kanak–kanak membenci untuk mengambil sayuran dalam setiap makanan mereka. Sebagaimana yang kita maklum, pengambilan sayur amat di galakkan oleh para doktor kerana kegagalan untuk mengambil sayuran dalam diet harian akan menyebabkan komplikasi yang serius dalam perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak .Pengalaman kami mendapati kanak-kanak begini akan mengalami kesan yang kurang memuaskan dan lambat mengalami perubahan berbanding kanak-kanak yang suka dan tidak ketinggalan mengambil sayur dalam makanan harian mereka . Disamping itu melalui pengalaman kami para ibu bapa yang mengambil berat soal makanan termasuk memberi anak mereka vitamin dan makanan tambahan yang lain akan dapat melihat perubahan yang sangat cepat pada anak-anak mereka. Jadi saranan kami bagi masalah ini, ibu bapa boleh memberi anak mereka Vitamin tambahan untuk kesan yang terbaik. Sesetengah kanak–kanak akan mula menggemari sayuran dalam diet mereka walaupun sebalum ini mereka sangat membenci sayur-sayuran.
Makan BR. HOM ketika perut kosong sebelum sarapan dan waktu malam sebelum makan malam. Kerana ketika makanan telah masuk kedalam perut maka segala sistem pencernaan dan juga otak akan berkerja untuk mula menghadamkan makanan, ini akan mengganggu proses organ penting untuk menyerap kandungan BR. HOM dengan cepat. Perbanyakkan meminum air masak untuk membantu melancarkan peredaran darah dan pembuangan toksid dan perkumuhan dengan lancar.
Amalkan BR.HOM + Plus seaawal usia di dalam kandungan lagi untuk pembinaan sel dan organ yang mantap. Mulakan pada bayi ketika berusia setahun dan seterusnya. Kesan yang kami dapati pada bayi ialah mata bayi yang bening, tulang badan dan leher yang lebih tegap, kulit yang cantik dan bersih, cepat menangkap pergerakan sekeliling melalui pergerakan anak mata, tahap perkembangan dari satu peringkat kepada satu peringtkat yang lain menjadi cepat tidak mudah demam atau meragam, tidak kembung perut dan menangis waktu malam, cepat memahami dan menerima tunjuk ajar.
Perbanyak nasihat dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak kerana apabila penerimaan otak yang baik kita hendaklah sentiasa memberi input-input yang baik. Semoga segala input–input ini akan terpahat dalam ingatan dan diri mereka. Walaupun proses ini memakan masa tetapi insyaAlah ia akan menjadi kesan yang baik
Sebahagian kecil daripada kanak–kanak yang menggunakan BR. HOM + Plus mengalami kesan tindakbalas seperti penyakit asma atau semput. Selalunya kanak-kanak tersebut akan mengalami semput walaupun baru sehari mengambil BR. HOM, insyaAllah melalui pengalaman kami ini akan berterusan selama seminggu sahaja, kemudian ia akan pulih seperti biasa nasihat kami ialah cuba kurangkan dos, dan sekiranya anak tersebut biasanya sakit pada waktu pagi maka berikan pada waktu tengahari. Berikan diluar waktu kebiasaannya ia menyerang. Bagi kanak-kanak yang ada alahan biasanya akan berasa letih dan mengantuk dan mungkin akan banyak berehat dan tidur lebih daripada biasa. Ini akan berlarutan dalam masa seminggu hingga dua minggu sahaja.
Nasihat bagi pengguna yang mengalami sakit kepala dan migrin. Mereka akan mengalami sakit kepala dan migrin akan menyerang walaupun baru dua biji mereka mengambil BR. HOM ini dlm masa dua jam pertama, tetapi jangan khuatir migrin akan sembuh dalam masa satu minggu hingga dua minggu sahaja. Peraturan makan adalah berbeza makan dua biji sahaja sehari pada waktu hendak tidur sebaiknya hari esoknya adalah hari cuti bagi anda. Tambahkan dua biji lagi apabila anda rasa sakit kepala anda semakin berkurangan seterusnya apabila sakit tiada, boleh tambah dua biji lagi.
Bagi pengguna yang mengalami rabun. Perhatikan keadaan anda sekiranya dalam masa pengambilan BR. HOM anda diserang sakit kepala, ini menandakan mata anda menunjukkan arah positif untuk pulih, sebaiknya cuba periksa tahap power cermin mata anda. Begitu juga sesiapa yang mengalami sakit kepala ketika memakai cermin mata hitam harap hindarkan cermin mata tersebut kerana sebahagian cermin mata hitam mengandungi power yang sedikit. Apabila mata kita dalam keadaan baik dan sihat, sedikit power pun akan menjejaskan kepala. Sama juga bagi yang mengalami rabun sekiranya tidak menggunakan cermin mata mereka akan mengalami sakit kepala. Setelah mengamalkan BR. HOM, insyaallah mata akan bertambah baik.
Akhirnya jangan cepat mengalah atau kecewa melihat perubahan kepada anak-anak atau diri sendiri kerana melalui pengalaman penulis sendiri yang mengalami masalah keletihan melampau, kekusutan fikiran dan ketidakupayaan untuk menangani masalah-masalah semasa dan sebagainya telah mula menunjukkan hasil dari usaha berterusan selama 4 hingga 5 bulan. Kesan perubahan yang ketara kepada kanak-kanak setelah mengambil secara tetap dan berdisiplin melalui pengalaman kami ialah sekitar seminggu hingga sebulan, walaubagaimana pun kami telah mendapat testimoni daripada sebahagian pengguna ada yang menunjukan kesan yang berbeza dalam masa dua hingga tiga hari sahaja, sungguh menakjubkan dan diluar jangkaan kami. Setelah kami selidiki sebahagian ibu bapa tersebut sememangnya mementingkan permakanan seharian anak-anak mereka makanan yang berzat dan juga seimbang, sayur-sayuran hijau dan juga buah–buahan. Sebahagian yang lain pula memberikan makanan tambahan seperti multivitamin, spirulina, kismis dan sebagainya. Pengalaman kami ini adalah sebahagian daripada khidmat yang kami berikan kepada para ibubapa yang inginkan perubahan yang positif terhadap anak–anak mereka yang mengalami masalah atau yang sedia baik tetapi ingin meningkatkan pencapaian mereka.