produk : br hom +plus
BR adalah kependekan bagi BRAIN dan HOM adalah kependekan
bagi HOMEOPATHY.
+PLUS membawa maksud penambahan fungsinya yang membantu otak mendapat oksigen secukupnya.
Br. Hom + Plus adalah produk makanan kesihatan berasaskan kaedah
homeopati yang telah diasaskan oleh seorang doktor pengamal perubatan
Homeopati selama lebih kurang 18 tahun yang lalu.
Kaedah Homeopati yang amat berkesan dan selamat telah mendapat tempat
dihati para ibubapa, guru-guru, murid-murid dan segenap lapisan masyarakat
dan kini telah melahirkan ramai para pelajar yang berjaya dengan cemerlang.
Br. Hom yang dihasilkan melalui bahan pembawa gula susu atau sukros
mengandungi bahan aktif garam tisu Bio Kimia iaitu:
|
Kalium Fosfat :
Berfungsi sebagai baja otak dengan membina kembali sel-sel neuron, menguat dan menambah Dendron dan Dendrit yang menjadi tunggak kepada keupayaan otak untuk melaksanakan tugas dengan semaksimum mungkin, menguatkan ingatan, memudahkan hafalan, menguatkan daya ketahanan berfikir, menyelesaikan masalah, kreatif dan menajamkan kefahaman dan kebolehupayaan melahirkan idea-idea dan gagasan pemikiran yang kritis. |
|
Magnesium Fosfat :
Berfungsi sebagai pemangkin kepada jaringan saraf-saraf, menghalang saraf tunjang menjadi lemah dan kecut. Apabila sistem saraf dapat diperbaiki maka segala maklumat yang ingin dihantar dan diterima oleh otak akan dapat ditafsir dengan segera dan cepat ini bermakna akan menambah kecekapan dan kejituan organ dan anggota badan. Peka dengan keadaan sekeliling dan tahap konsentrasi yang lebih baik. |
|
Kalsium Fosfat :
Menguat dan menambah kekuatan dan kepadatan tulang, membantu menghalang oestroprosis, mencegah rasa nyilu dan bisa-bisa dan sengal-sengal badan, memudahkan bangun daripada tidur dan menambah keaktifan dan kecergasan, mengurangkan keletihan dan kelesuan kerana tugas-tugas harian. |
|
Natrium Fosfat :
Menguatkan organ jantung, mengawal keupayaan otot-otot jantung mengawal proses pengepaman darah. Apabila sistem jantung dapat diperbaiki maka ianya dapat menghilangkan perasaan gugup, gementar, panik dan gopoh. Melahirkan sifat berani, tenang, konsisten dan relaks. |
|
Ferrum Fosfat :
Membina sel-sel darah merah, membersihkan darah daripada toksin dan radikal bebas, meningkatkan keupayaan sel hemoglobin membawa segala zat, nutrisi dan khasiat makanan kepada setiap sel badan dan yang paling utama, keupayaan membawa oksigen dengan jumlah yang mencukupi kepada sel badan dan otak. Oksigen amat diperlukan oleh otak untuk membantu fungsi otak ke tahap maksimum. Kegagalan darah membekalkan oksigen dengan baik menyebabkan seseorang mengalami keletihan, kemurungan, hiperaktif serta kelesuan fizikal dan mental. Kegagalan itu menyebabkan otak yang menjadi tunjang kehidupan akan menjadi malap dan malas untuk berkerja dgn baik. |