DASAR PRIVASI LAMAN WEB BR HOM ENTERPRISE
 

BR HOM ENTERPRISE begitu komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini menjelaskan amalan pemprosesan data kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan tidak bersyarat kepada terma-terma Dasar ini. Dasar ini hanya terpakai kepada pengguna di Malaysia.

Maklumat yang dikumpul

BR HOM ENTERPRISE mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda apabila anda mendaftar bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda dan lawatan anda ke laman web kami.


Keselamatan dan Ketepatan Maklumat

Sila ingat bahawa meskipun tiada sistem teknologi yang benar-benar selamat, BR HOM ENTERPRISE telah berusaha mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang dan mengurangkan risiko akses tidak dibenarkan kepada maklumat anda, penggunaannya secara tidak wajar dan ketidaktepatannya.

Anda hendaklah memastikan bahawa semua butir peribadi yang diberikan kepada BR HOM ENTERPRISE adalah tepat semasa menghantarnya dan bahawa BR HOM ENTERPRISE dimaklumkan dan dikemaskinikan tentang apa-apa perubahan dalam butir-butir peribadi anda. Jika anda percaya tidak kira apa sebabnya bahawa maklumat peribadi anda yang diberikan kepada BR HOM ENTERPRISE tidak tepat atau anda ingin meminda dan mengesahkan semula maklumat peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi BR HOM ENTERPRISE melalui admin@brhom.com.my atau hubungi kami di talian 07-5999131/012-7598131.


Penggunaan maklumat anda

BR HOM ENTERPRISE akan menggunakan maklumat anda untuk menyediakan dan menyesuaikan perkhidmatannya. BR HOM ENTERPRISE juga akan menggunakan butir-butir hubungan anda untuk berkomunikasi dengan anda. BR HOM ENTERPRISE boleh menggunakan maklumat anda untuk menghantar kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan BR HOM ENTERPRISE yang dirasakan mungkin anda berminat untuk mengetahuinya. BR HOM ENTERPRISE mungkin menghubungi anda melalui pos, e-mel atau telefon bagi tujuan ini.

Sila ingat bahawa walau bagaimanapun, mungkin akan timbul keadaan di mana kami mungkin perlu berhubung dengan anda atas sebab-sebab pentadbiran atau pengendalian berkaitan dengan perkhidmatan kami.

Pendedahan maklumat anda

Maklumat anda hanya akan digunakan secara dalaman oleh BR HOM ENTERPRISE . BR HOM ENTERPRISE tidak akan mendedahkan atau memberikan data peribadi kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran anda, kecuali sebarang pewaris hakmilik kepada perniagaan kami yang diberikuasa atau dikehendaki oleh undang-undang. Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat secara agregat (jadi pelanggan individu tidak akan dikenal pasti) bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.

Modifikasi Dasar Privasi

BR HOM ENTERPRISE merizab hak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Dasar Privasi ini secara tetap. Penggunaan berterusan Laman Web BR HOM ENTERPRISE adalah merupakan persetujuan anda terhadap perubahan sedemikian.